Saturday, May 28, 2011

Rahsia keperibadian di sebalik E-mel

Soalan:
Semasa anda membeli belah, anda telah diminta membuat soal selidik tentang trend remaja. Adakah nama yang akan anda isi dalam borang soal selidik berkenaan?

A. Nama Penuh
B. nama depan dan nama tengah
C. Nama dan Tahun
D. Nama samaran
E. Nombor dan Abjad



A. guna nama samaran
sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya: Tanchoyang@yahoo.com. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka  berahsia. dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya.

B. nama depan dan nama tengah
Contoh: Mohammad Daniel bin Ifzam Ariffin. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai MohammadDaniel@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri. selain itu, dia juga sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan diri sendiri. selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

C. Nama dan tahun
Contoh: Imran1993@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempuyai ego yang tinggi. pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu, dia juga tidak suka komitmendalam jangka masa terdekat ini. kewujudan tahun di akhir nama menunjukkan bahawa dia tidak luas pandangan. pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang berubah-ubah.

D. Nama samaran
Contoh: Miss_Comel@Yahoo.com. Dikatakan seorang yang suka hidup dalam khayalan sehingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya. jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya tersendiri.

E. Nombor dan abjad
contoh: sf1122@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor dan abjad sahaja. ia menggambarkan seorang yang sikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu membuka dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. jika tidak, kirim salam sajalah.

No comments:

Post a Comment